.
Welcome to Malaysia Mountain Trail Festival

ANNOUNCEMENT

WELCOME TO

LARIAN VIRTUAL HUTAN KITA 2020

INTRODUCTION

Larian Hutan Kita 2020 is organized by Ministry of Energy and Natural Resources (KeTSA) and Forestry Department Peninsular Malaysia (FDPM) and is open to all Malaysians and Non-Malaysians.
Larian Hutan Kita 2020 dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia.

Our race director, on the directives and decisions made by KeTSA and FDPM on 16th October 2020, hereby changes the concept of the race to a virtual race (Larian Virtual Hutan Kita 2020) in lieu of the 3rd wave of the Nouvelle Corona Virus (COVID-19).
Berikutan penularan gelombang ketiga pandemik Koronavirus COVID-19 yang masih berterusan dan berdasarkan keputusan yang dibuat oleh KeTSA dan JPSM pada 16 Oktober 2020, Pengarah Perlumbaan dengan ini menukar konsep larian kepada larian secara virtual (Larian Virtual Hutan Kita 2020).

Our race director deems this change necessary to protect our event team, our sponsors, the 4,293 runners who registered for the race, their family members and in support of Government of Malaysia enforcement of social distancing during this uncertain and difficult period.
Perubahan konsep larian ini adalah diyakini bagi melindungi pihak penganjur, penaja, dan 4,293 peserta yang telah mendaftar di samping menyokong usaha Kerajaan Malaysia dalam menguatkuasakan penjarakan fizikal/ sosial sepanjang tempoh yang sukar ini.

There will be no refund for all 4,293 registered runners as all runners’/ winners’ entitlements and event properties have either been produced and; or paid for when the event was postponed 9 days (on 12th March 2020) before the original event date on 21st March 2020 owing to enforcement of Movement Control Order (MCO)
Tiada pemulangan yuran pendaftaran kepada semua peserta yang telah mendaftar memandangkan semua kit larian dan kerja-kerja persiapan program telah selesai dilaksanakan dalam tempoh 9 hari sebelum penangguhan tarikh asal iaitu pada 21 Mac 2020 berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

All 4,293 registered runners for Larian Hutan Kita 2020 will automatically be upgraded into Larian Virtual Hutan Kita 2020 platform. No new registration will be allowed/ accepted.
Semua 4,293 peserta yang telah mendaftar untuk Larian Hutan Kita 2020 akan layak secara automatik menyertai Larian Virtual Hutan Kita 2020. Pendaftaran baharu tidak akan dibenarkan / diterima.

TERMS & CONDITIONS

  1. Date: 05th – 19th December 2020. Tarikh: 5 – 19 Disember 2020.
  2. Participants are required to run 5KM or 10KM depending on the distance they registered for the race. Peserta dikehendaki untuk melengkapkan larian sejauh 5KM atau 10KM bergantung pada jarak yang didaftarkan.
  3. All participants are required to like and follow Larian Virtual Hutan Kita 2020 Facebook page (https://www.facebook.com/LarianVirtualHutanKita2020) as all updates and additional challenges pertaining to the event will be uploaded there. Semua Peserta diminta untuk menyukai (like) dan mengikuti laman Facebook Larian Virtual Hutan Kita 2020. (https://www.facebook.com/LarianVirtualHutanKita2020) kerana pihak penganjur akan mengemas kini semua perkembangan terkini berkenaan dengan acara ini di laman Facebook acara. Selain itu, semua cabaran tambahan berkaitan dengan acara ini juga akan dimuat naik di laman Facebook Larian Virtual Hutan Kita 2020.
  4. A link will be provided to every runner to submit his/ her results on 3rd December 2020. Do key in the respective column your Identity card no, the distance and the time thereof. Pautan larian virtual akan diberikan kepada setiap peserta pada 3hb Disember 2020 untuk menghantar keputusan mereka. Masukkan nombor kad pengenalan peserta, jarak dan masa larian di ruangan yang disediakan.
  5. Runners may submit as many results as possible, but the later entry will override the former entry. Peserta boleh menghantar seberapa banyak keputusan masa larian tetapi hanya keputusan larian terkini akan diterima dan direkod.
  6. Top 20 runners of each category will be required to submit the detailed run data/ proof of run/ results. Failure to submit the detailed run data/ proof of run/ results when requested will subject a runner to lose his/ her position and the next runner in line will be upgraded to the position in question. Seramai 20 peserta terpantas bagi setiap kategori akan diminta untuk menyerahkan data larian terperinci / bukti larian / keputusan. Kegagalan untuk menyerahkan maklumat yang dinyatakan boleh menyebabkan peserta hilang kedudukannya dan peserta seterusnya akan digantikan ke kedudukan tersebut.
  7. Participants may run “anywhere and everywhere”. Peserta boleh berlari di mana-mana sahaja.
  8. Each participant attends their respective session at his/ her free will. Setiap peserta bebas melengkapkan larian pada bila-bila masa mengikut keselesaan masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  9. Each participant must agree to the disclaimer and the terms and conditions of this event. Setiap peserta mesti bersetuju dengan penafian dan terma dan syarat acara ini.
  10. The Organizer shall not be liable for any accident or mishap which arises during this Virtual Run. Segala risiko dan kemalangan yang membabitkan peserta dalam larian ini adalah tanggungjawab peserta sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian yang membabitkan kecederaan tubuh badan, kerosakan harta benda sama ada yang peribadi atau awam, atau apa-apa masalah yang timbul semasa program ini.
  11. Participants are allowed to use any running apps/ device to track running progress (step counter/pedometer are not allowed). Peserta dibenarkan menggunakan apa-apa jenis aplikasi / peranti untuk merekod masa dan jarak larian (step counter/pedometer tidak dibenarkan).
  12. Participants to provide true, accurate, current and complete personal information. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan maklumat peribadi yang benar, tepat, terkini dan lengkap.
  13. Participants to provide true, accurate and complete run data. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan data larian yang benar, tepat dan lengkap.
  14. The Organizer may contact the participants from time to time by email. Any notice sent to the email address registered with the Organizer shall be deemed as received by the participants. If the participants provide any information that is untrue, inaccurate, not current or incomplete, or the Organizer has grounds to suspect that such information is untrue, inaccurate, not current or incomplete, the Organizer may suspend or terminate the participants’ registration and refuse any and all current or future use of the Event’s Official Website (or any parts thereof). Penganjur boleh menghubungi peserta dari semasa ke semasa melalui emel. Segala notis yang dihantar ke alamat e-mel yang telah didaftarkan adalah dianggap diterima oleh peserta. Sekiranya peserta memberikan maklumat yang tidak benar/tidak lengkap, atau penganjur mempunyai asas untuk mengesyaki bahawa maklumat tersebut tidak benar/tidak lengkap, penganjur berhak untuk menggantung atau membatalkan penyertaan peserta.
  15. Participation cannot be deferred towards a future event, nor can an entry be transferred from one event to another or from one individual to another. Penyertaan tidak boleh ditangguhkan/dipindahkan ke acara lain yang akan datang. Penyertaan juga tidak boleh dipindahkan dari individu ke individu lain.
  16. The Organizer reserves the right to amend the Rules & Regulations at any time, at its sole discretion, without any prior notice. Penganjur berhak untuk mengubah Syarat dan Peraturan acara pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa sebarang notis pemberitahuan.
  17. All runners’/ winners’ entitlements will be delivered in phases between 21st December 2020 – 20th January 2021. Semua hadiah pemenang / kit larian peserta akan dihantar secara berperingkat bermula pada 21 Disember 2020 hingga 20 Januari 2021.
In lieu of the current situation pertaining to the COVID-19 pandemic, we would like to remind every participant of the followings code of conduct :- Berikutan situasi semasa pandemik COVID-19, kami ingin mengingatkan setiap peserta mengenai tatacara berikut: –
  • Runners must maintain physical distancing whilst attempting their run. Peserta mesti mematuhi dan mengamalkan penjarakan fizikal semasa melakukan larian.
  • Please practise right etiquette for passing other runners. You should hail them from behind, and wait until it is possible to pass with at least 1m distance side-by-side. Sila amalkan etika yang betul semasa melewati peserta lain. Anda seharusnya memanggil mereka dari belakang, dan tunggu sehingga boleh dilalui dengan jarak sekurang-kurangnya 1m antara satu sama lain.
  • Runners should avoid running in the ‘slipstream’ of the runner ahead of them. Peserta harus mengelakkan berlari di ‘slipstream’ peserta di hadapan mereka.
  • Do not congregate where there is large crowd. Sentiasa menjaga kebersihan diri.
  • Be aware of your personal hygiene e.g. avoid spitting and nasal clearance. Dilarang berkumpul ditempat yang sempit dan sesak.
  • Face masks should be worn by the participants “where there is widespread transmission and physical distancing is difficult, such as on public transport, in shops or in other confined or crowded environments.” Sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut “di kawasan yang berisiko tinggi seperti di kawasan pengangkutan awam, di kedai-kedai atau di lingkungan tertutup atau sesak yang lain.”
  • Face mask should not be a substitute for physical distancing at any stage of the event. Pelitup hidung dan mulut tidak boleh dijadikan sebagai gantian untuk tidak mengamalkan penjarakan fizikal sepanjang acara ini berlangsung.
  • Avoid physical contact with other runners, crews or supporters including high fives and hugs. Elakkan sentuhan fizikal antara satu sama lain termasuk bersalaman/berpelukan.
  • Be aware of your personal hygiene e.g. avoid spitting and nasal clearance. Sentiasa menjaga kebersihan diri.
  • Come ready to run – minimise your interaction with others and be as self-sufficient as possible before and after your run. Bersedia untuk berlari – kurangkan interaksi dengan orang lain.
  • If you are planning to run at a location away from home, carefully consider your travel plans, avoiding public transport if at all. Membawa bekalan makanan dan minuman sendiri semasa larian dan pastikan membuang sampah dengan betul.
  • Runners should not start their run on the stipulated dates if (this includes crews, supporters or others that they intend to bring to the session) :- Peserta tidak boleh memulakan larian pada tarikh yang ditetapkan jika (termasuk kru, penyokong atau orang lain yang turut serta dalam sesi larian) :-
    1. They have a fever of ≥38°C on the day of the event. Suhu badan ≥38 ° C pada hari acara.
    2. They have had any signs or symptoms of COVID-19 in the past 14 days, such as a new continuous cough, fever, change/loss of taste/smell. Mempunyai tanda-tanda atau gejala COVID-19 dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh larian bermula (seperti batuk berterusan, demam, kehilangan deria rasa / bau).
    3. They have been in contact with anyone who is sick (symptomatic) in the past 14 days. Mempunyai kontak rapat dengan orang yang bergejala dalam tempoh 14 hari dari tarikh larian bermula.
    4. They have travelled within the past 14 days to any international location with widespread ongoing local COVID-19 transmission. Mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau melawat kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 dalam tempoh 14 hari dari tarikh larian bermula.
Runners who are considered high risk individuals should be advised not to start their run on the stipulated dates (this includes crews, supporters or others that they intend to bring to the session). High risk individuals include :- Peserta yang dianggap sebagai individu berisiko tinggi dinasihatkan untuk tidak memulakan larian pada tarikh yang ditetapkan (termasuk kru, penyokong atau orang lain yang turut serta dalam sesi larian). Individu berisiko tinggi termasuklah : –
  1. Individuals with underlying medical conditions placing them at higher risk: moderate to severe asthmatics, diabetics, severe obesity (BMI > 40), any chronic liver, kidney or heart conditions and immunocompromised individuals or those who live with someone who is immunocompromised. Individu yang bergantung kepada pengambilan ubatan yang berterusan lebih terdedah kepada risiko yang tinggi: penyakit asma sederhana hingga teruk, pesakit kencing manis, obesiti (BMI> 40), penyakit hati, ginjal atau jantung kronik dan individu yang mengalami imunokompromi atau mereka yang tinggal bersama seseorang yang mengalami imunokompromi.
  2. Individuals aged 60+ years or those with an underlying health condition like lung or heart disease, diabetes or immunocompromised. Individu yang berumur 60 tahun ke atas atau mereka yang bergantung kepada perubatan berterusan seperti penyakit paru-paru atau jantung, diabetes atau imunokompromi.
  3. Individuals who live-in long-term care facilities. Individu yang bergantung kepada kemudahan rawatan jangka panjang.
Runners who have had a diagnosed case of COVID-19 should only run 14 days after onset of symptoms AND must have been free of symptoms (cough, fever etc.) for at least 3 days prior to doing their run. Peserta yang pernah didiagnosis sebagai pesakit COVID-19 hanya boleh membuat larian setelah discaj dan selesai kuarantin 14 hari DAN mesti bebas dari gejala (batuk, demam dll) sekurang-kurangnya 3 hari sebelum memulakan larian. If you experience COVID symptoms during or after your run, please make this known to the Organizer/ Ministry of Health Malaysia (MOH). Sekiranya anda mengalami simptom COVID sebelum atau semasa larian, anda perlu memaklumkan kepada pihak penganjur / Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). JOURNEY THROUGH OUR RAINFOREST #LarianVirtualHutanKita2020 #LarianHutanKita #KitaJagaKita #SayangiHutan #GayaHidupSihat MMTF Consultant 06 November 2020